Hi..if your interested kindly call/sms at 0133503126. Our cakes will complement your event.



Sunday, January 24, 2010

Kek Shin Chan

Kek kegemaran ramai Oreo Chesse Cake...kali ni dari pemnat fanatik Shin Chan. Alaaa mamat tu bukan siapa pun adik aku gak yg nombor 6. Tapi yang ni dia buat untuk kawan2 makan di FINAS..dia cameraman kat sana.

Yang ni pun guna teknik coklat cair..korang kalau nak tahu camner ianya di lakukan. Maka singgahlah di sini
http://alkiram.net/salam/2007/04/05/cara-melukis-kartun-atas-kek/ tapi cam biasa lah..kena practice selalu coz u know they said "Practice make Perfect" my best teacher..

Kek Motor ala GHOST RIDER (versi before)

Wah si manis ngan kek motor tempahan khas untuk cik abangnyer. Kan main lirikan senyumannyer tu...(abaikan latar tu yea..al maklum orang ni pindah ghumah ni...)
Balik je kelas kek2 popular kat Aniz Baking Centre aritu,aku terus je mendeco kek motor ni hah....sampai bengot2 tulisan aku..

Dalam banyak2 teknik mendeco kek nih.. yang aku paling suka kek drawing. Payah sebenarnya nak pilih tema or gambar untuk boys. Jadi ku cari punya cari maka terjumpalah gambo ni. Imej ni dilukis dengan teknik FBCT(Frozen Buttercream Transfer ) ni kalau g kelas mau RM150 tapi aku dapat free jer.. kat sini http://http//www.youtube.com/watch?v=CV2DZDuv9XA.. Pastu yang bagusnyer buleh lukis awal2 simpan kat ais box...jimat masa. Jadi kalau korang berminat bulelah cuba..senang jer dan APA YANG PENTING? ENJOY URSELF AND HAVE FUN!


Wednesday, January 20, 2010

Kursus Kek Bernombor dan Alphabet di Bagus Bakery

Ini kelas awal tahun 2hb Jan 2010 tapi lambat sikit buh kat blog canggihku ini heheh. Kelas di Bagus Bakery Tmn Melawati oleh Chef Ho. Selain dari menunjukkan cara betul potong kek menjadi nombor dan hufur dia juga mengajar buat bunga tropikal seperti di bawah ni. Chef ni best...walaupun x fasih cakap melayu tapi x lokek ilmu..

Aku saja pilih nombor 3 sebab Chef kata yg paling susah nak deco sebab lekok2 dia...

Mmmm my favourite Orkid..love the colours!


Bunga sakura dan teratai.. mmm teratai tu cam hampehlah..eeee nmpk senang tapi susah..



Lagi satu my favourite bunga keladi..




Aaaa.. yang ni x tau nama apa.. aku bagi nama Bunga Nonama





Tuesday, January 19, 2010

Kursus Aneka Kek Popular

Aneka kek popular
Blueberry cake


Kek Buah


Black Forest



Pandan layer



Pada 16hb Januari 2010, bebaru ni aku dengan semangat membara pergilah menuntut ilmu nun di GUA BATU(Bt.Caves, Gombak) dengan Tok Guru terglamer abad ini Pn Hajah Noraini dari Aniz Baking Centre..dengan bayaran RM150 inilah yang telah aku belajar.. seronok gak sebab dapat kawan2 yg berkongsi sama minat.

Fresh Fruit Cake


Ini adalah resepi baru yang aku cuba dari buku Delicious Cakes by Amy Heng. Resepi mudah dan sedap:
Ingredients
One baked sponge cake
Custard Filling
100g instant custard mix
150ml cocktail juice
200ml whipping cream
1 tin fruit cocktail
Decoration
Some fresh fruit(I chosen strawberry n kiwi (luv the colour)
Nibbed almond or almond flakes
Whipping cream(whipped)
Method
Soak instant custard mix in coctail juice and hand whisk until thickened. Add cream n tinned fruit. Divide into two portion.
For assembles
Slice the sponge cake into 3 layers
Place one slice in a loose-base cake tin (jenis tapak loyang boleh buka).
Spread the custard filling onto it. Top with another slice before spread another portion of custrad filling, finally top it with the last slice. Refrigerator until set before you decorate with a whipped cream put some fresh fruit on it. Do forget to glaze the fruit with some piping jelly.Waaalaa.. da siap.. sedap you..!
Kalau sesiapa ada soalan.. sila angkat tangan dan tinggalkan pesanan/soalan anda dalam kotak borak kat sebelah ni yea...

Friday, January 8, 2010

Kek Merah, Kek Biru ,Jangan marah, I Luv U

Cupcake flower bouquet
Entry kali ni.. kisahnya kawan baikku Ani yang selalu menyokongku ini menempah kek hantaran untuk pertunangan adik bongsunya baru baru ni.. khabarnya orang Perak kalau bertunang memang banyak hantaran yang kebanyakkannya makanan. Jadiler 13 dulang sumanya 7 dulang adalah makanan itu termasuk kek,puding, buah-buahan dan macam2 lagi.

Basketweave full of blue roses (first attempt)

Basketweave (inspirasi dari zaharunina photopages.com )



Heart box made of fondant (inspiration by bakerella.com)





Jadi inilah tempahan kek yang berjaya aku siapkan. Walaupun kurang puas hati dengan hasilnya tapi kebanyakkan tempahan ini aku hasilkan tanpa mengambil apapa kelas cuma belajar sendiri dari internet. Bagaimanapun selepas ni memang aku merancang untuk mengambil kelas dari chef2 yg bertauliah. Kata orang 'belakang parang sekali pun kalau diasah selalu tajam jua akhirnya..' jadi tak boleh berputus asa.. kata orang dulu lagi 'tepuk dada tanya selera' kalau nak seribu jalan kalau taknak seribu dalih boleh diberi..

Thursday, January 7, 2010

Baruuu di pasaran..

Bebaru ni adalah bebudak kolej ni dorang nak buat projek ETR(Keusahawanan). So 5 dara sunti ni pun pilihlah bisnes yang paling panas di pasaran iaitu cupcake. Tapi sebab lecturer dorang cakap da ramai sangat orang buat bisnes cupcake nih.. aku pun mencadangkan cupcake pop (idea asal bakerella.com) dan cupcake flower bouquet. Alhamdulillah dorang suma teruja khabarnya lecturer2 teruja jua..aku pun of coz seronok rasanyer.. Jadi alang2 buat tu aku pun naklah open for sale kalau ada yang berminat.
Cupcake pop 10 batang harga pengenalan RM25 berserta mug sekali kalau nak cupcake pop cuma RM1.80 sebatang (min 10btg).

Cupcake flower bouquet sesuai untuk hadiah atau hantaran. Tak mahal harga pegenalan cuma RM35 ada lebih kurang 20 kapkek




Jadi kalau ada yang nak order ker nak tanya camner aku buat mende2 nih..bule tanya dalam kotak cbox ni atau call 0129139265 serulah namaku Maza..hehehh atau tinggalkanlah emel anda.

16 Years n still in love..

25Dec 2009..genaplah 16tahun perkahwinan kami. Alhamdulillah walaupun makin banyak angkanya begitulah makin bertambah kasih kami. Semakin hari semakin sayang..gitu..dari berdua sekarang dah berenam. Kali ni aku buat white chocolate cake, cream puff, nasi lemak dan rendang ayam, yang datang cuma adik beradik je maklumlah adik beradik je da 10 orang masuk mak suami anak2 anak2 sedara mak sedara pak sedara sepupu anak2 seppu huii meriah gak lah majilis kecil kami haritu..To my husben.. I LOVE YOU BABY!


Tuesday, January 5, 2010

Oh Mak Tiriku kahwin jua akhirnya...

Selepas 10 tahun pemergian ayah, mak tiriku yang mesra dengan panggilan mak da akhirnya menamatkan zaman solonya dengan pasangannya Pak Sharif atau lebih manja dipanggil abah..pada 20hb Disember lalu. Aku pula sebagai tanda kasih dan penghargaan menghadiahkan kek perkahwinan untuk bonda tiri tercintaku ini...Selamat pengantin baru mak da..opss baru ker? hehe jangan marah haaa...

Aku dengan mak tiriku..waahh mesra gitu..

Kek 2 tingkat setengah dan cupcake perasa vanilla.



Moist chocolate cupcake..


Vanilla cupcake for VIP..




How many were here?

Kucing Kitaorang

CAKEFOURFUN Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting