Hi..if your interested kindly call/sms at 0133503126. Our cakes will complement your event.



Wednesday, December 9, 2009

Birthday cake yang paling latest..percubaan pertama kek dengan imej Ana Muslim. Masih banyak yang peru diperbaiki memandangkan aku belajar sendiri perlu banyak latihan lagi. Tempahan datang dari seorang kawan untuk anak dara suntinya yang menyambut harijadi ke 11.. Syaza Nadira kawan baik anak sulungku Dini.. muka dorang nak dekat sama.. hehh. Terima kasih Nita sbb beri I peluang ni.. Thank you sooo much dear..
Yang belah kanan tu imej asal yang diambil dari internet..nntlah bila ada masa akan ku tunjuk bagaimana imej ni aku transfer ke kek..tapi melukis dan mewarna kartun ni mmg menjadi hobiku dari kecil lagi. Sekarang yg mencabar bila perlu melukis atas kek.. mencabar tapi fun!

Monday, December 7, 2009

Cupcake untuk cikgu2 SK Wangsa Maju.. untuk majlis Hari Kanak2.

Cupcake untuk guru2 kelas 1Cemerlang, 2 Gemilang dan 5 Gemilang.

Cupcake untuk kelas 5 Gemilang, kelas anakku yg sulung Dini.


Yang ni Cupcake untuk 1 Cemerlang kelas anak #3ku Daya.


Yang ni cupcake untuk Kelas 2 Gemilang untuk anak #2 ku Dina.
Selepas sekian x membuat kek gara2 stand mixer terjatuh dan patah..inilah dia cupcake paling baru aku buat, lepas ni mmg banyaklah kek2 baru yg akan terhasil InsyaALLAH.


Birthday girl n birthday boy... besday kek untuk Mak Teh n Cik Man.. sodap ghupo ea.. kek nih


Bake Oreo Chesse Cake Recipe ( Dari Dapur MakLang)



Bahan2nya:
14 keping oreo ( kalau ada cream pun tak pe), di pecahkan dan dikisar halus.

Campurkan dengan 2 sdb butter yang telah dicairkan. Gaulkan rata dan tekan dalam springfoam berukuran 8 inci. Bakar selama 10 min dan diketepikan.

Bahan A:
750g cream cheese (Saya guna 500g je)
130g gula (Saya guna gula caster)

Bahan B:
3 biji telor ayam (Gred A)

Bahan c:
200ml whipped cream ( yang dalam kotak tu)

Bahan d:
15 keping oreo di potong 4
1 sdt vanilla
1 sdb tepung jagung

Caranya:
1. Pukul bahan A hingga sebati dan kembang
2. Masukkan telor satu persatu dan pukul.
3. Masukkan whipped cream dan pukul lagi.
4. Terakhir masukkan oreo yang telah di belah
5. Gaul rata dan tuangkan kedalam acuan tadi.

6. Boleh juga dihiaskan dengan Oreo di atas kek, dirikan biskut tu.

7. Bakar secara *" ben marie" selama 50min.


Selepas itu biarkan kek didalam oven selama 1 jam dengan pintu oven sedikit terbuka. Bila dan sejuk, masukkan kedalam peti ais selama 5 jam sebelum dihidangkan.


NOTA: Sebelum letakkan adunan kek, bawah (bhgn luar) loyang hendaklah dilapik dengan aliminium foil supaya air x masuk..
Ben Marie : Satu kaedah dimana loyang kek diletakkan dalam loyang lain yg berisi air panas.

Saturday, December 5, 2009





Yang atas tu kek 7" yg aku hias sendiri..tembab bonar rosenyer kan hahha..
Phuuu..lamanyer da x update blogku ini..da makin berhabuk dan bersarang da. Setelah hampir 5 bulan da... Okeylah setelah sekian lama mencari cari kelas untuk belajar dekorasi kek, akhirnya aku memilih Bakery Ria Academy yg terletak di Tmn Melawati sbb dekat dengan Wangsa Maju. Kursus yg diambil ialah dekorasi cake and cupcake dengan buttercream. Okeylah gak walaupun tersasar dengan tajuk pembelajaran yg ditawarkan pada hari tersebut iaitu dekorasi cartoon decoration and weeding cake.




Friday, July 17, 2009

NUR MADIHA dalam BAKUL

Pandang Kiri
Pandang kanan
Uuuuu CAK!!!!

Kek hantaran pertunangan unutk sepupu suamiku..pasni nak kawin panggil kak maza lagi ye..hehe


Kek dari seorg gadis untuk pemuda kesayangannye.. kalau boleh dia nak letak tengkorak semuanye,aku je tak sanggup,ngeri tengok.. tapi Alhamdullilah dorang suka sangat.Kek vanila cover ngan coklat ganache (favourite ni).

Sunday, June 7, 2009



Diana and Bieha farewell girls kek span coklat di tempah oleh 2 pupu aku untuk kawan sepejabatnya..kalau ada sesiapa tertanya ttg nozel tip rose tu, sebenarnya tips 2D dari wilton. Honey bee tu ala belajar kat u tube jerk.. practise ler sampai jadik.

Happy birthday mama Reen, da dekat sebulan berlalu baru dapat upload kat sini.. mmm..bertema kan garden tapi bunga daisy tu rupa telur goreng mata kerbau je kan.. haha. Sib baik Reen suka..

Saturday, June 6, 2009


Istimewa buat ibu.. dah terlambat tapi x pa ar nak gak cakap Selamat hari Ibu sesiapa yg berkenaan...
Besday sendiri.. cuba resepi baru japanese soft cotton chesse cake.. (something like that) resepi diambil dari myresepi.com. Easy and cheap and nicely taste too.

Friday, May 29, 2009

Happy Birthday Pak Anjang


Bzam n Ziana 4 ever.. heheh
Oreo cheess cake.. resepi diambil dari myresepi.com. Mudah,murah dan sedap. Ini untuk adik ku yg 7 Bzam birthday yg ke....?

Friday, May 8, 2009

Block A..
video

Monday, May 4, 2009

KEK UNTUK HAKIM



Peminat kek dan peminat bolasepak, ini anak saudaraku menyambut harijadi ke 8. Kek coklat span ini berhiaskan padang bola memang dah lama ku janji untuk hakim, puas hati dapat buat kek ni untuknya.

Kasihnya ibu..



All favourite Moist Chocolate Cake, kali ini dengan tema ELMO sebab teman ku ini memberi kepercayaan sepenuhnya padaku untuk mendekorasikan kek ini.. dan inilah hasilnya thanks Rita.

Thursday, April 16, 2009



Kek harijadi kawan adikku, first time buat deco camni sbb selalu untuk pompuan je tapi kali ni org lelaki kenalah cari tema yg ala ala rock gitu..its fun fun to deco a cake.. and its getting wild..

Wednesday, April 15, 2009







Kek harijadi untuk Alia anak kawan baikku, ini untuk di hantar ke tadika tapi malangnya Alia demam campak sehari sebelum birthday dia..kesian. So yang bunga matahri tu aku buat khas untuk kakak dan abangnya sebab Alia pantangle tak leh makan kek.


Weeding doogift untuk pengantin baru yaya n fizal. Ini hadiah untuk jiranku Cik Ros yg melangsungkan perkahwinan anak bongsunya hujung minggu lepas. tahniah!.


Kek untuk adik tersayang Bab n girlprennya Fishah ulangtahun bercinta 7 tahun, tu bercinta baru... kawin tah bila hahaha... Jangan marah Bab,kakakmu bergurau saje..

How many were here?

Kucing Kitaorang

CAKEFOURFUN Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting