Hi..if your interested kindly call/sms at 0133503126. Our cakes will complement your event.



Monday, December 7, 2009

Birthday girl n birthday boy... besday kek untuk Mak Teh n Cik Man.. sodap ghupo ea.. kek nih


Bake Oreo Chesse Cake Recipe ( Dari Dapur MakLang)



Bahan2nya:
14 keping oreo ( kalau ada cream pun tak pe), di pecahkan dan dikisar halus.

Campurkan dengan 2 sdb butter yang telah dicairkan. Gaulkan rata dan tekan dalam springfoam berukuran 8 inci. Bakar selama 10 min dan diketepikan.

Bahan A:
750g cream cheese (Saya guna 500g je)
130g gula (Saya guna gula caster)

Bahan B:
3 biji telor ayam (Gred A)

Bahan c:
200ml whipped cream ( yang dalam kotak tu)

Bahan d:
15 keping oreo di potong 4
1 sdt vanilla
1 sdb tepung jagung

Caranya:
1. Pukul bahan A hingga sebati dan kembang
2. Masukkan telor satu persatu dan pukul.
3. Masukkan whipped cream dan pukul lagi.
4. Terakhir masukkan oreo yang telah di belah
5. Gaul rata dan tuangkan kedalam acuan tadi.

6. Boleh juga dihiaskan dengan Oreo di atas kek, dirikan biskut tu.

7. Bakar secara *" ben marie" selama 50min.


Selepas itu biarkan kek didalam oven selama 1 jam dengan pintu oven sedikit terbuka. Bila dan sejuk, masukkan kedalam peti ais selama 5 jam sebelum dihidangkan.


NOTA: Sebelum letakkan adunan kek, bawah (bhgn luar) loyang hendaklah dilapik dengan aliminium foil supaya air x masuk..
Ben Marie : Satu kaedah dimana loyang kek diletakkan dalam loyang lain yg berisi air panas.

0 comments:

Post a Comment

How many were here?

Kucing Kitaorang

CAKEFOURFUN Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting